Tafsir yang bernama Abu Hayyan al Andalusi : kesesatan aqidah tajsim ibnu taymiyah

Tafsir yang bernama Abu Hayyan al Andalusi : kesesatan aqidah tajsim ibnu taymiyah

 
Disediakan oleh;
Abu Lehyah Al-Kelantany


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد


Abu Hayyan al-Andalusy al-Nahwiyyu al-Mufassiru al-Muqri-u Menegaskan dalam kitab tafsirnya al-Nahr al-Mad satu ungkapan yang berbunyi :


“Saya telah membaca dalam sebuah buku karya Ahmad ibn Taimiyah, seorang yang hidup semasa dengan kami, dengan tulisan tangannya sendiri, buku berjudul al-‘Arsy, ia berkata: Sesungguhnya Allah duduk di atas Kursi, dan Dia telah menyisakan tempat dari Kursi tersebut untuk Ia dudukan nabi Muhammad di sana bersama-Nya. Ibn Taimiyah ini adalah orang yang pemikirannya dikuasai oleh pemikiran at-Taj Muhammad ibn ‘Ali ibn ‘Abd al-Haqq al-Barinbri. Bahkan Ibn Taimiyah ini telah menyerukan dan berdakwah kepada pemikiran orang tersebut, dan mengambil segala pemikirannya darinya. Dan kita telah benar-benar membaca hal tersebut di dalam bukunya tersebut”[4]. Read more: http://www.sarkub.com/2012/pernyataan-ibn-taimiyah-bahwa-allah-duduk/#ixzz25hB6faSg

Nukilan Abu Hayyan Al-Andalusi ini berkemungkinan tidak terdapat dalam sesetengah cetakan kerana sengaja dibuang oleh sesetengah pihak. Akan tetapi manuskip ( tulisan tangan beliau sendiri ada dengan penulis) tetap membuktikan bahawa nukilan Abu Hayyan Al-Andalusi tadi sabit. Antara sebab mereka membuangkan nukilan ini dalam cetakan mereka ialah sebagaimana dijelaskan oleh Imam al-Zahid al-Kautsary pada taa’liq bagi kitab Al-Shoif al-Shoqil : ” Dan telah dikhabarkan kepadaku oleh editor cetakan di tempat percetakan As-Sa’adah bahawa dia terkejut sangat, lalu dibuangnya nukilan tersebut ketika mencetakkannya supaya tidak disibukkan oleh musuh-musuh agama. Dan menjadi harapanku untuk memasukkannya kembali nukilan tadi disini supaya diambil faedah dan menjadi nasihat kepada umat Islam sejagat”.


Mari kita lihat pula di dalam kitab Ibn Taymiyah al-Harrany..jum..



Dalam kitab Majmuk Fatawa Jilid 4 m/s 374, Ibn Taymiyah Al-Harrany yang yang menjadi pujaan kepada Muhammad Abdul Wahhab, kuncu-kuncunya, dan Wahhabiyyah Mujassimah mengatakan :
إن محمدًا رسول الله يجلسه ربه على العرش معه
Akidah yang kufur ini bermaksud:
“Sesungguhnya Muhammad Rasulullah, Tuhannya mendudukkannya diatas arasy bersamaNya”.

Lihatlah mereka yang mempunyai akal yang sihat penipuan Ibn Taymiyah ini.. Sekejap cakap Allah duduk atas Al-arasy, sekejap cakap Allah duduk atas Al-kursi . Yang mana satu???!! Padahal telah sabit hadits bahawa Al-Kursi dinisbahkan dengan Al-Arasy dari sudut saiznya seperti sebentuk cincin yang bulat di tanah yang amat luas dan lapang. Bagaimana orang yang mempunyai akal yang sihat boleh menerima pentashbihan dan penajsiman terhadap Allah taala ini?? …na’uzubillah min syarrihim.Lebih menjijikkan lagi akidah Ibn Taymiyah al-Harrany ini dan membawa kepada tajsim yang lebih jelas bila mana beliau meletakkan pergantungan akidahnya kepada pandangan mujassim yang telah wujud dizaman salaf iaitu Othman Al-Darimi, dalam kitab Bayan Talbis al-Jahmiyah jilid 1 m/s 068 : ” Seandainya sesungguhnya Dia (Allah) kehendaki, nescaya dia boleh menetap di atas belakang nyamuk,lalu terangkat dengan kekuasaanNya dan kelembutan RububiyahNya, maka bagaimana pula di atas Arasy yang besar, lebih besar dari langit dan bumi?”..
Penulis menjawab : Subhanaka haza buhtanun adhzim..Perlu juga berhati-hati bila membaca kitab “Mafahim Yajibu ‘an Tusohhah” kerana terdapat unsur-unsur mempertahankan Ibn Taymiyah Al-Harrany dan Muhammad Abdul Wahhab dan juga pengarang kitab tersebut menamakan mereka (Ibn Taymiyah dan Muhammad Abdul Wahhab) berdua sebagai Syeikhul Islam..wal’yazubillah..Golongan wahhabi juga banyak menggunakan kitab ini sebagai hujah untuk mengatakan kata-kata Ibn Taymiyah Dan Muhammad Abdul Wahhab sebagai tidak sabit. Padahal ini adalah dusta dan bohong kerana penstasybihan dan pentajsiman sememang wujud di dalam kitab-kitab mereka dan diiktifar oleh mereka sendiri. Seterusnya akidah tashbih dan tajsim ini diambil pula oleh anak-anak murid mereka seperti Ibn Qayyim al-Jauziyyah, cucunya Abdur Rahman Bin Hasan bin Muhammad Bin Abdul Wahhab, kemudian Bin Baz, soleh Utsaimin dan berlambak lagi. Perkara tersebut sebenarnya tidak diingkari oleh golongan Al-Wahhabiyah..


Siapakah Abu Hayyan al-Andalusy ?
Beliau ialah Pakar Lughah (bahasa) yang masyshur, Pakar Tafsir, yang terkenal dengan karyanya al-Bahrul Al-Muhith. Kitab Al-Nahr al-Mad merupakan ringkasan beliau ke atas kitab al-Bahrul Al-Muhith.
Jawapan kepada Syubuhah wahhabi ;
Jika dibawa kenyataan Abu Hayyan Al-Andalusi memuji Ibn Taymiyah Al-Harrany, ketahuilah itu adalah sebelum beliau mengetahui Ibn Taymiyah mencela dan menghentam Sibaweh, seorang ulamak Lughah yang amat masyhur. Bilamana Ibn Taymiyah mendakwa Sibaweh bercanggah dengan Kitabullah (al-Quran) dalam banyak permasalahan (konon-konon dialah “sibaweh” yang sebenar) sedangkan Abu Hayyan al-Andaslusi pula adalah antara orang yang amat menyukai Sibaweh. Selepas diketahui hal keadaan tersebut Abu Hayyan Al-Andalusi terus menglaknat Ibn Taymiyah Al-Harrany sehinggalah beliau meninggal dunia pada 754 H. Rujuk kitab Ad-Durarul Kaminah karya tulisan al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqolany.
Disediakan oleh;
Abu Lehyah Al-Kelantany
0133005046
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment